HAZARA Pest Control Melaka 011-19911993
Kami Sarikat PCO Berlesen Menawarkan Khidmat Pest Control Anai-anai : Selangor (Shah Alam, Klang, Puchong, Selayang, Ampang, Rawang, Subang, Dll), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang Dan Johor. Memiliki Pengalaman Kerja Lebih 10 Tahun Dengan Harga Yang Amat Berpatutan. Kerja Yang Kemas Dan Teliti. Boleh Bekerja Pada Hujung Minggu Dan Cuti Umum. Ikuti Kami Di Facebook : HAZARA PEST CONTROL
Wednesday, 2 March 2016
Tuesday, 3 November 2015
Pest Control Melaka 011-1991 1993 : Anai-anai
Keadaan kabinet dapur pelanggan yang hancur musnah diserang anai-anai perosak. Jika anda kelihatan kehadiran anai-anai bertindak segera kerana anai-anai bekerja 24 jam untuk makan. Hubungi kami untuk bantuan pakar... call 011-1991 1993 sekarang!!
Wednesday, 11 March 2015
Termites Control, Anai-anai, White Ants
Anai-anai atau Termites adalah sejenis serangga perosak yang menyerang kediaman serta harta kesayangan kita tanpa kita sedari. Oleh kerana iklim negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun membuatkan serangga ini amat cepat membiak.
Anai-anai dari jenis Subterranean Termites adalah lebih dikenali berbanding jenis lain kerana habitat nya yang membuat sarang di dalam tanah serta dikenali sebagai anai-anai bawah tanah. Anai-anai jenis ini lebih agresif dengan menyerang struktur bangunan dan juga tanaman.
Di dalam aspek keselamatan, anai-anai mampu merosakkan struktur bangunan dengan memusnahkan kayu-kayu penyokong bumbung menyebabkan ia menjadi lemah dan runtuh. Anai-anai juga amat tertarik dengan kayu-kayu syiling, bingkai pintu dan tingkap, kabinet dapur, kelengkapan perabot rumah dan sebagainya. Ramai antara kita yang tidak peka tentang serangan anai-anai sehinggalah mereka terpaksa berbelanja besar untuk membaiki kerosakan dan kemusnahan oleh anai-anai tersebut.
Secara ringkasnya anai-anai yang hidup secara berkoloni mempunyai kasta serta pembahagian tugas yang sistematik :
Untuk melindungi rumah anda daripada serangan perosak tersebut antara kaedah-kaedah di bawah boleh digunakan:
- Rawatan anai-anai dengan kaedah semburan (Luar dan dalam rumah termasuk dalam bumbung rumah).
- Rawatan anai-anai dengan kaedah penebukan di sekeliling perimeter premis (Corrective Soil Treatment).
- Rawatan anai-anai secara semburan tapak sebelum pembinaan bangunan (Pre-Construction).

- Askar : Melindungi koloni mereka daripada serangan (Semut). Memiliki bentuk kepala yang besar serta rahang yang kuat. Terdiri daripada 10 - 15% di dalam sesuatu koloni anai-anai.
- Kelkatu : Anai-anai yang cukup matang untuk berpasangan memiliki sayap dikenali (Alat/Kelkatu) akan meninggalkan sarang mereka untuk membentuk sarang yang baru. Menanggalkan sayapnya apabila kelkatu jantan dan betina berpasangan.
- Pekerja : Tugas utama adalah mncari makanan dan menjaga Permasuri dan telur-telur. Melakukan pembinaan sarang dan terowong (Termites Mud Tube). Terdiri lebih daripada 80% dalam sesuatu koloni anai-anai. Anai-anai pekerja mampu mencari makanan melebihi jarak 100 meter dan melepasi bangunan bertingkat-tingkat.
- Permaisuri (Ratu anai-anai) & Raja : Berfungsi untuk menghasilkan telur untuk membesarkan koloni mereka. Permaisuri yang matang mampu menghasilkan sehingga 1,000 telur sehari. Permaisuri anai-anai juga boleh hidup sehingga 50 tahun. Manakala tugas Raja hanyalah untuk mengawan dengan Ratu sepanjang masa.
Untuk melindungi rumah anda daripada serangan perosak tersebut antara kaedah-kaedah di bawah boleh digunakan:
- Rawatan anai-anai dengan kaedah semburan (Luar dan dalam rumah termasuk dalam bumbung rumah).
- Rawatan anai-anai dengan kaedah penebukan di sekeliling perimeter premis (Corrective Soil Treatment).
- Rawatan anai-anai secara semburan tapak sebelum pembinaan bangunan (Pre-Construction).
Subscribe to:
Posts (Atom)